Diploma
9 Semester
Kampus Kota Kinabalu
PTPTN Disediakan
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan lulus dalam subjek Seni/Lukisan Kejuruteraan*; atau
- Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek**; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau
- Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
* Pelajar yang tidak mengambil /gagal dalam subjek Seni/Lukisan Kejuruteraan dikehendaki untuk mengambil ujian portfolio yang dijalankan oleh Kolej Cosmopoint.
** hanya digunapakai di CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru dan CC-Kota Bahru: Lulus dalam STPM dengan minimum Gred C dalam Matematik atau kredit dalam Matematik pada peringkat SPM atau setarafnya.
Matlamat
Diploma Aplikasi Multimedia direka untuk melatih pelajar dengan kemahiran dalam membangunkan kandungan multimedia dan mengekalkan kreativiti semasa mengurus dan menghasilkan produk-produk berkaitan multimedia. Pelajar akan mempelajari kemahiran praktikal, kreatif dan komunikasi yang diperlukan untuk merancang, merekabentuk dan membina aplikasi multimedia berinteraktif sepenuhnya. Pelajar diberi peluang untuk membawa teori ke alam nyata melalui kajian kes dan latihan praktikal menggunakan animasi 2D dan 3D, digital & audio, rekabentuk antaramuka serta mengurus dan membangunkan pasukan multimedia.
Program ini mensasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan asas multimedia dan juga memberi mereka kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kreatif dan menggunakan hasil penemuan kajian mereka ke dalam kegunaan komersial harian.
Subjek Utama
|
|
Prospek Kerjaya
Graduan boleh bekerja sebagai pereka multimedia, penerbit, pengaturcara multimedia, pereka web, editor audio & video dan animator.