Diploma
8 Semester
Kampus Kota Kinabalu
PTPTN Disediakan
SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan minimum:
- Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
- Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Matlamat
Diploma Seni Pastri memfokuskan ke atas prinsip operasi bakeri dan pastri. Latihan praktikal dan latihan teori dalam semua bidang pengeluaran bakeri dan pastry turut diterapkan di sepanjang tempoh pengajian. Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut, kek, tart, pai, roti beraneka, coklat dan kuih-muih.
Program ini mensasarkan untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman dalam asas bakeri, operasi pastri, pengendalian makanan dan operasi dapur. Pelajar juga dilatih untuk menjadi pengendali makanan profesional terutamanya di dalam bidang bakeri dan pastri.
Subjek Utama
|
|
Prospek Kerjaya
Setelah menamatkan program ini, graduan boleh bekerja di hotel, restoran, perkhidmatan katering, peruncitan, industri makanan dan keusahawanan sebagai seorang baker/tukang masak atau commis pastri, pembuat roti beraneka, baker atau pemilik kafe, katerer atau perancang kafe, chef pastri coklat atau pengurus bakeri.