Diploma
8 Semester
Kampus Kota Kinabalu
PTPTN Disediakan
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
- Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Matlamat
Diploma Pengurusan Pelancongan mendedahkan pelajar kepada pelancongan global dan amalan hospitaliti. Program ini juga memberikan mereka pemahaman yang baik tentang perkembangan terkini dan isu-isu etika yang wujud dalam industri pelancongan yang dinamik dan bergerak pantas. Program ini menggabungkan teori dan latihan praktikal termasuk memberikan latihan kepimpinan dan latihan pengurusan dan profesional yang diperlukan bagi jawatan pengurusan peringkat permulaan.
Program ini mensasarkan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal dan praktikal bagi menghadapi persekitaran dunia sebenar dengan keyakinan yang tinggi. Pada masa yang sama, membentuk mereka untuk berusaha lebih gigih serta bijak dalam menghadapi cabaran dan persaingan dalam industri ini.
Subjek Utama
|
|
Prospek Kerjaya
Setelah menamatkan program ini, graduan boleh bekerja di pelbagai sektor dalam industri, termasuk hotel, agensi pelancongan, kelab sukan, kasino, dan pusat pameran atau konvensyen. Graduan juga boleh bekerja sebagai koordinator lawatan, penasihat pelancongan atau wakil jualan & pemasaran dalam bidang pelancongan.