Diploma
9 Semester
Kampus Kota KInabalu
PTPTN Disediakan
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan LULUS dalam Matematik*; atau
- Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam Matematik atau kredit dalam Matematik dalam SPM; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik; atau
- Sijil dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
* Kecuali untuk CC-Sg Petani, CC-Johor Bahru, CC-Kuala Terengganu dan CC-Kota Bharu: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek termasuk Matematik.
Matlamat
Diploma Teknologi Maklumat disasarkan untuk menghasilkan profesional ICT yang mampu menghasilkan inovasi teknologi baru. Pelajar mempelajari kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan perisian demi untuk memenuhi keperluan industri ICT yang semakin meningkat. Program ini menerapkan aspek penting dalam pengaturcaraan sistem, antaramuka pengguna grafik, pengaturcaraan berorientasikan objek, rekabentuk pangkalan data dan pengurusan, serta analisa sistem. Pelajar akan mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik pembangunan perisian, pembangunan aplikasi web dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML.
Program ini direka untuk menghasilkan graduan yang memiliki pemahaman yang komprehensif mengenai kemahiran, prinsip dan teknik berkaitan dengan Kejuruteraan Perisian sementara membolehkan mereka memilih amalan aplikasi yang paling bersesuaian dalam rekabentuk, pembangunan atau pengurusan perisian berdasarkan situasi tertentu. Ia juga akan membentuk profesional IT yang cerdik, rajin dan kompeten serta mampu untuk memberikan sumbangan yang signifikan terhadap sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Malaysia.
Subjek Utama
|
|
Prospek Kerjaya
Pelajar akan berpeluang untuk bekerja dalam syarikat ICT dan syarikat aplikasi mudah alih sebagai pakar perisian komputer, penyokong pengguna akhir, pengaturcara perisian, pereka perisian, pembangun perisian, pembangun aplikasi web, penganalisa sokongan dan pembangun pangkalan data.