Diploma
8 Semester
Kampus Kota Kinabalu
PTPTN Disediakan
SYARAT KEMASUKAN
- Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
- Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan juga LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
- Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
- Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Matlamat
Program ini direka untuk merangkumi kemahiran kulinari asas dan khusus dalam bidang makanan dan pengurusan. Subjek yang ditawarkan akan mengasah kemahiran kulinari dan menggabungkan antara latihan praktikal dan teori. Pelajar akan mendapat kemahiran penting dalam seni kulinari, organisasi dan pengurusan, termasuklah dari proses pemesanan stok, penjadualan, pengiraan kos barangan dan berurusan dengan pembekal.
Program ini mensasarkan untuk memberikan pelajar asas dalam kemahiran kulinari yang boleh digunapakai dalam berbagai jawatan di dalam bidang ini terutama dalam industri hospitaliti & perkhidmatan makanan. Ia juga menyiapkan pelajar untuk mempunyai menggunakan pendekatan dan sikap yang profesional.
Subjek Utama
|
|
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi graduan program ini adalah amat luas dan tanpa batasan. Mereka boleh memilih untuk khusus dalam pastri & bakeri, pembuatan coklat, atau menjadi pengkritik makanan, pengarang dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan kulinari.